Wednesday, May 9, 2007

VISI & MISI

VISI
Ke arah pembentukan generasi belia berumur 15 – 40 tahun yang berakhlak mulia,berkepimpinan tinggi dan bersemangat waja bagi mewujudkan sebuah masyarakat dan negara yang diredhoi Tuhan dan disenangi insan.
MISI
Melahirkan belia yang cemerlang dari pelbagai sudut dan kriteria merangkumi fizikal, mental dan spiritual.

OBJEKTIF

  1. Mengadakan aktiviti yang dapat membina peribadi, meningkatkan kesetianegaraan dan mewujudkan kesedaran terhadap perlunya menjauhi unsur dan nilai negatif dikalangan ahli-ahli;
  2. Mengadakan aktiviti untuk ahli-ahli dalam bidang kebudayaan, sukan, kerohanian dan lain-lain;
  3. Menggalakkan penyertaan ahli-ahli dalam program pembangunan komuniti setempat;
  4. Memberi peluang kepada ahli-ahli terlibat dalam program latihan kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan;
  5. Menjalankan aktiviti-aktiviti lain yang dapat memperkukuh sumber kewangan pertubuhan;
  6. Bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan dalam pelaksanaan program pembangunan belia.

No comments:

Post a Comment