Wednesday, June 17, 2009

AYC Gombak U13 Football Team

Malam tadi Pelancaran Gombak Amal Youth Club U13 Football team di PASTI Furqan, Kampung Nakhoda.

Pasukan yang dibimbing oleh Saudara JB mempunyai hampir 22 orang pemain yang rata - rata di bawah umur 13 tahun.

Majlis malam tadi dirasmikan oleh Ustaz Hasbullah selaku Penasihat Amal Youth Club, Gombak.

Pasukan yang baru ditubuhkan dalam masa dua bulan ini kerap melakukan perlawanan persahabatan dengan pasukan - pasukan U13 setempat dan semakin mantap hasil perlawanannya.

Memetik kata - kata Ustaz Hasbullah, ahli sukan yang baik merupakan mereka yang sihat fizikal dan pemikiran mereka.

Majlis diakhiri dengan majlis jamuan ringan.

Monday, June 15, 2009

LATAR BELAKANG

Kelab Belia Amal Gombak atau nama ringkasnya A.Y.C. (Amal Youth Club) telah ditubuhkan pada 15 Jun 2009 dan telah didaftarkan sebagai pertubuhan belia dibawah seksyen 10 AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007 PERATURAN –PERATURAN PERTUBUHAN BELIA ( PENDAFTARAN)2007.

No pendaftaran:PPBM 5345/09, No.PPPB:01-11/5333 Bertarikh:9 November 2009

AYC dengan segala keupayaan yang dimiliki oleh setiap ahlinya berazam untuk membentuk suatu pasukan yang komited dan konsisten dengan tujuan penubuhan kelab belia ini dalam usaha melahirkan golongan belia yang berakhlak mulia, berdedikasi dan mempunyai semangat juang yang tinggi untuk pembangunan dan kemajuan negara yang tercinta ini .

AYC berkemampuan menggarap potensi yang ada melalui saluran yang disediakan oleh pihak kerajaan khususnya mahupun pihak-pihak lain yang terbabit untuk membantu umumnya. Pengiktirafan oleh semua pihak perlu dalam meletakkan pertubuhan belia sama ada di peringkat nasional, negeri mahupun daerah sebagai ‘one stop center’ bagi penganjuran program dan aktiviti yang melibatkan belia dan masyarakat.

Sebagai sebuah pertubuhan belia yang berdaftar, AYC akan cuba sedaya upaya mempertingkatkan potensi belia, menggilapkan kualiti kepimpinan dan pentadbiran pertubuhan belia melalui peningkatan ilmu pengetahuan dan kemahiran sejajar dengan hasrat kerajaan dan visi,misi dan objektif yang telah digariskan.