Thursday, July 8, 2010

Sunday, July 4, 2010

KARNIVAL BELIA (KARIB 2010)


OBJEKTIF


  1. Menghimpunkan seramai mungkin belia dan masyarakat dengan memberi mereka peluang perniagaan.

  1. Memberi motivasi dan pengisian kepada golongan belia dan remaja dalam pembentukan nilai-nilai akhlak dan peribadi yang terpuji untuk dijadikan amalan harian.

  1. Alternatif untuk golongan belia menyertai program sukan, kebudayaan dan kesenian.

  1. Mengumpul dana untuk Kelab Belia Amal bagi menjalankan aktiviti dan program mendekatkan diri dengan golongan belia disamping bimbingan ke arah jalan yang sebenarnya.


TARIKH


30 Julai - 1 Ogos 2010

(Jumaat - Ahad)


TEMPAT


Padang Lapang, Pusat Bandar Sri Gombak Fasa 3


ANJURAN


Kelab Belia Amal Gombak (AYC) dengan Kerjasama Yayasan Prihatin Titiwangsa


Penganjur Bersama


PKM Adun Gombak Setia

PKM Adun Hulu Klang

PKM Ahli Parlimen Gombak

PKM Adun Batu Caves



SASARAN


Golongan belia dan masyarakat dari semua peringkat umur dari sekitar Lembah Kelang,

khususnya di sekitar Gombak, Setapak, Hulu Kelang, Batu Caves dan kawasan yang

berhampiran.



TENTATIF PROGRAM






























PENUTUP


Adalah menjadi harapan kami agar program yang bakal dianjurkan berjalan lancar dan berjaya mencapai objektifnya. Penyertaan dan sumbangan penajaan pelbagai pihak amat diperlukan dalam memastikan segala matlamat dan objektif yang digariskan tercapai. Kejayaan programn ini bakal memberi impak yang positif yang mana ianya menzahirkan keprihatinan masyarakat terhadap golongan belia supaya memilih jalan yang betul disamping pendedahan hiburan alternatif dan bermanfat. Belia ada generasi akan datang yang akan mewarisi kepimpinan sekarang, jika belia bersih dari segala kejahatan dan kemungkaran, pasti negara akan terpimpin oleh generasi yang baik dan cemerlang, bebas dari rasuah dan salah guna kuasa.


KARNIVAL BELIA (KARIB 10)







Tawaran kepada sesiapa yang berminat untuk tempahan tapak gerai jualan, sila hubungi:-

03-61855545 (Pejabat)
013-3533212 (Azizul)
019-2264535 (Muslim)

Wednesday, June 17, 2009

AYC Gombak U13 Football Team

Malam tadi Pelancaran Gombak Amal Youth Club U13 Football team di PASTI Furqan, Kampung Nakhoda.

Pasukan yang dibimbing oleh Saudara JB mempunyai hampir 22 orang pemain yang rata - rata di bawah umur 13 tahun.

Majlis malam tadi dirasmikan oleh Ustaz Hasbullah selaku Penasihat Amal Youth Club, Gombak.

Pasukan yang baru ditubuhkan dalam masa dua bulan ini kerap melakukan perlawanan persahabatan dengan pasukan - pasukan U13 setempat dan semakin mantap hasil perlawanannya.

Memetik kata - kata Ustaz Hasbullah, ahli sukan yang baik merupakan mereka yang sihat fizikal dan pemikiran mereka.

Majlis diakhiri dengan majlis jamuan ringan.

Monday, June 15, 2009

LATAR BELAKANG

Kelab Belia Amal Gombak atau nama ringkasnya A.Y.C. (Amal Youth Club) telah ditubuhkan pada 15 Jun 2009 dan telah didaftarkan sebagai pertubuhan belia dibawah seksyen 10 AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007 PERATURAN –PERATURAN PERTUBUHAN BELIA ( PENDAFTARAN)2007.

No pendaftaran:PPBM 5345/09, No.PPPB:01-11/5333 Bertarikh:9 November 2009

AYC dengan segala keupayaan yang dimiliki oleh setiap ahlinya berazam untuk membentuk suatu pasukan yang komited dan konsisten dengan tujuan penubuhan kelab belia ini dalam usaha melahirkan golongan belia yang berakhlak mulia, berdedikasi dan mempunyai semangat juang yang tinggi untuk pembangunan dan kemajuan negara yang tercinta ini .

AYC berkemampuan menggarap potensi yang ada melalui saluran yang disediakan oleh pihak kerajaan khususnya mahupun pihak-pihak lain yang terbabit untuk membantu umumnya. Pengiktirafan oleh semua pihak perlu dalam meletakkan pertubuhan belia sama ada di peringkat nasional, negeri mahupun daerah sebagai ‘one stop center’ bagi penganjuran program dan aktiviti yang melibatkan belia dan masyarakat.

Sebagai sebuah pertubuhan belia yang berdaftar, AYC akan cuba sedaya upaya mempertingkatkan potensi belia, menggilapkan kualiti kepimpinan dan pentadbiran pertubuhan belia melalui peningkatan ilmu pengetahuan dan kemahiran sejajar dengan hasrat kerajaan dan visi,misi dan objektif yang telah digariskan.